facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Sunday 11 March 2018

,
SUAMI penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini, atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya, 25 Februari lalu.
Armin,53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.
Mengikut pertuduhan, dia yang kini tidak berkerja didakwa menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.
Perbuatan berkenaan dilakukan di rumahnya di Denai Alam, Shah Alam, kira-kira 4 pagi, 25 Februari lalu.
Justeru, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada mana-mana seksaan itu, jika sabit kesalahan.
Armin yang tidak diwakili peguam ketika rayuan memaklumkan perbuatan itu dilakukan dengan tujuan mengajar anaknya mengaji dan solat.
,

Pelajar Ini Jana Pendapatan RM28,000 Sebulan, Terima Kasih Kepada Lipas

Seorang pelajar dari Taiwan meraih pendapatan bulanan 200,000 New Taiwan Dollars (RM28,300) sebulan hasil dari mentertak dan menjual lipas.
Ya, lipas.
Menurut laporan China Press, Tong yang baru berusia 20 tahun mula menternak lipas selepas dia mendapati sukar mendapat bekalan serangga itu bagi memberi makan haiwan peliharaannya.
Jadi, dia mula menternak sendiri lipas dan menyedari bahawa serangga itu membiak dengan pantas. Dalam masa enam bulan, dia sudah mempunyai 30,000 ke 40,000 lipas di apartmentnya.
Tong berjaya menemui seorang pembeli, Tse, yang mahu mengambil semua lipas darinya. Sehingga kini, mereka terus bekerjasama untuk jual beli lipas.
Tong kini mempunyai 2.7 juta lipas dari pelbagai spesis di ladangnya. Dia menjual lipas-lipas itu secara borang kepada Tse yang kemudiannya menjual serangga itu secara runcit sebagai makanan haiwan.
,


“I’m strong. Sebagai selebriti pelbagai perkara boleh berlaku. Tapi kena ‘move on’ dan teruskan kerjaya,” demikian kata Ziana Zain ketika baru memulakan persembahan di hotel terkemuka di Kuala Lumpur, hari ini.
Ketika persembahan awal pagi tadi, penyanyi Madah Helah itu kemudian terdiam seketika membuatkan suasana jadi hening dan penonton jelas mengerti apa yang sedang bermain di fikirannya.
Ziana ternyata tewas akhirnya apabila tiba-tiba menitiskan air mata sambil ditenangkan ramai. Kesedihannya jelas terserlah sewaktu menyanyikan lagu popularnya Puncak Kasih.
Saat itu, dia tidak dapat meneruskan nyanyian dan membiarkan muzik terpasang. Penonton berusaha membantunya menyanyikan lagu berkenaan.
,
,
,

Tanpa sedar Imej dan personaliti positif saya telah Viral melalui laman media sosial,luah lelaki yang dikenali sebagai Ahmad Iqbal Zulkefli apabila dirinya memiliki hubungan dengan perempuan jutawan kosmetik Datok Vida.

Ahmad Iqbal bertugas sebagai pegawai media dan pembantu sulit Vida sejak Jun lalu dan sering dilihat menemani pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu sehingga mencetuskan tanda tanya mengenai hubungan mereka.

Pada masa sama, Vida tidak menolak andai dipertemukan semula jodoh tetapi mengimpikan seorang suami yang terbaik untuk dirinya dan juga anak-anak.

Bagaimanapun Ahmad Iqbal berkata hubungannya dengan Vida adalah hubungan serasi yang di salah anggap dengan memberi komen-komen negatif.